Sejarah Dan Perkembangan Permainan Bola Tampar
- Diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, tahun 1895.
- Memperkenalkannya ialah William G. Morgandi Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat.
- Beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.
- Permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan.
- Ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.
- Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917.
- Terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat.
- Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja.
- Tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita.
- Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964.
- Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.
by wong siewwan at Monday, October 29, 2012
No comments:
Post a Comment