Pasukan Bola Tampar Lelaki UPSI

Pasukan Bola Tampar Lelaki UPSI

Sunday, 30 November 2014

Sejarah Dan Perkembangan Permainan Bola Tampar






  • Diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, tahun 1895.
  • Memperkenalkannya ialah William G. Morgandi Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat.
  • Beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.
  • Permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan.
  • Ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.
  • Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917.
  • Terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat.
  • Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja.
  • Tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita.
  • Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964.
  • Di Malaysia, permainan bola tampar  mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

 

Sunday, 16 November 2014

Kejohanan yang di sertai sepanjang tahun 2014

KARNIVAL SUKAN NASIONAL GEMA 2014
Pasukan Bola Tampar lelaki UPSI
Dari kiri atas : Rennol, Bob & Shakur
Dari kiri bawah : Khairul, Mariduan, Alif & Anndy
KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERBUKA PIALA PENGARAH KAMPUS USMKK 2014
Pasukan Bola Tampar lelaki UPSI
Dari kiri atas : Afi, Syahmie, Anndy, Bob & Syafiq
Dari kiri bawah : Fahmy, Mariduan, Khairul, Alif & Shariff
KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PENDAFTAR Kali Ke-7 2014
Pasukan Bola Tampar lelaki UPSI
Dari kiri atas : Ikhwan, Shakur, Hanif, Anndy, Simeon, Dawud, Bob, Akbar & Rafiq
Dari kiri bawah : Fahmy, Coach Taufik & kiet
KARNIVAL SUKAN IPT KALI KE-3
SISWA SISWI SABAH 2014
Pasukan Bola Tampar lelaki IKSAS UPSI
Dari kiri : Rennol, Basri, Azwan, Shariff, Asmadi, Shakur, Aslan, Anndy & Bob
KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA
Pasukan Bola Tampar lelaki UPSI
Dari kiri atas : Coach Amir, Bob, Khairul, Kiet, Dawud, Anndy, Shakur, Alif & Pengurus Faris
Dari kiri bawah : Hanif, Rennol, Fahmy, Simeon & Syafiq
Semua ini adalah kejohanan yang saya sertai sepanjang tahun 2014 ini... Best!!!

Wednesday, 12 November 2014

1. Kemahiran servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian
belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.


Servis atas kepala
Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.
1) Fasa Permulaan
  • Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
  • Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
  • Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
  • kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
  • Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Fasa Perlaksanaan
  • Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
  • bahu lengan yang membuat servis.
  • Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
  • Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling
  • bola.
  • Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
  • Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
  • putar depan
3) Fasa ikut lajak
  • Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
  • Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Servis bawah tangan
Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.
1) Fasa Permulaan
Ø Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
Ø Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan
Ø kanan (right handed server).
Ø Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
Ø Bengkokkan sedikit lutut.
Ø Badan menghadap ke hadapan.
Ø Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan
sebelah kanan badan.
Ø Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
2) Fasa Perlaksanaan
Ø Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
Ø Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
Ø Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
Ø Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam
Ø Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
Ø Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
Ø Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
3) Fasa Ikut Lajak
Ø Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
Ø Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
Ø Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.